Saturday, April 11, 2009

Masa Bekerja....

KUALA LUMPUR, 11 April – Barisan kabinet telah pun dibentuk dan kepimpinan ampuh telah bersedia menggempur dari pelbagai sudut untuk kesinambungan kesejahteraan dan kecemerlangan masa hadapan.

Mengambil kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa barisan kabinet ini bukan sahaja merupakan satu pasukan baru dengan wajah baru malah ia sebenarnya satu penyusunan semula peranan dan portfolio, Ini kerana sesungguhnya pembentukan kabinet adalah salah satu tanda kepada pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab dan fokus kepada rakyat.

Sehubungan itu, fokus masyarakat kini bukanlah tertumpu kepada sejauh mana keberkesanan barisan Kabinet dalam menangani permasalahan Negara dan paling utama ialah untuk menangani krisis ekonomi global yang sedang melanda.



Apa pun, bagi menentukan kejayaan dalam barisan kepimpinan yang membariskan gabungan muka lama dan baru ini, bukanlah bergantung kepada pucuk pimpinan semata-mata kerana masyarakat adalah penentu dalam kejayaan setiap yang apa yang telah dirancang dan digariskan.

Lantaran itu, seruan dari Perdana Menteri dan barisan kabinet untuk bersama-sama memadu tenaga kearah pembaharuan tenaga perlulah disahut sebagai satu cabaran tanda sokongan padu untuk menunjukkan kesetiaan ekoran kejayaan yang telah dicapai setelah lebih 50 tahun bersama BN.

Dalam hal ini, kerajaan sedar bahawa rakyat mempunyai kepentingan dalam menentukan hala tuju sebenar sebuah Negara dan ia digambarkan dengan pengakuan bahawa cita-cita Malaysia hanya akan mampu dicapai apabila Kerajaan serta rakyat bersama-sama bersatu tenaga membina sebuah Negara yang aman dan makmur.

Ini kerana, rakyat turut sama mendukung aspirasi bagi membentuk satu kesatuan atas hasrat kebersamaan antara kerajaan dan rakyat, mencakupi kepelbagaian kaum, pelbagai bangsa dan perbezaan agama tetapi atas satu kerukunan, impian untuk satu tujuan akan mampu dicapai.
Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai apa yang dicita-citakan bukanlah perkara yang mudah dan tentunya akan banyak halangan yang akan mencabar keteguhan dan kesetiaan terhadap parti dan Kerajaan.

Halangan tersebut bukan hanya serangan dari pihak pembangkang yang sentiasa cuba mencalarkan perpaduan dan merobekkan kesejahteraan yang wujud di samping cabaran dalaman untuk membentuk satu kesatuan.

Namun demikian, tiada masalah yang wujud di negara ini tidak dapat diselesaikan ekoran semua rakyat Malaysia mempunyai satu impian, berkongsi harapan yang sama dan memiliki satu cita-cita untuk terus melihat kelestarian dalam masyarakat yang berterusan.
Apatah lagi, dengan kehebatan, keupayaan, kemahiran dan bakat yang dimiliki sudah tentunya slogan ‘satu Malaysia, rakyat diutamakan dan pencapaian didahulukan tidak hanya sekadar satu logan malahan menjadi satu aspirasi kepada masyarakat keseluruhannya.

P/s: Sumber dipetik dari http://umno-online.com/

5 comments:

Anonymous April 12, 2009 8:41 PM  

mengikuti perkembangan politik ke? Boleh tahan...

HWORANG April 12, 2009 10:39 PM  

boleh la.... dgn politik kite dpt tau status nagara kite..huhuh

NurFiera Mohd Zain April 13, 2009 1:40 AM  

politik3

HWORANG April 13, 2009 8:11 AM  

huhuhu....

NurFiera Mohd Zain April 18, 2009 6:52 PM  

mane follower kamu?sy nk jd xleh sbb xde